Bahasa adalah wadah yang terindah jika dihayati bait-bait yang lafazkan, marilah bersama-sama kita memartabatkan bahasa Melayu tercinta!
Thursday, February 10, 2011
Situasi 4 :Iklan..
Pada hari ini saya ingin memaparkan kesalahan penggunaan bahasa pada iklan ini. Penggunaan perkataan "kelik" dan juga "try" dan juga "free". Kelik merupakan dialek kelantan yang bermaksud balik manakala perkataan try pula membawa maksud cuba. Penggunaan dialek dalam iklan seperti ini pada pendapat saya agak tidak sesuai. Manakala percampuran antara penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu adalah tidak digalakan. Penggunaan percampuran bahasa ini dipanggil bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada bahasa kebangsaan kita. Jadi sebolehnya penggunaan perkataan-perkataan seperti contoh di atas dalam iklan perlulah dielakkan bagi menimbulkan salah faham.
Subscribe to:
Posts (Atom)